Friday 8 July 2011

Mentor Mentee Pelajar SPM 2011 (MANTAP '11)

MENTOR MENTEE PELAJAR SPM 2011 (MANTAP ’11)


TARIKH
17 JULAI – 30 OGOS 2011
                                                                          
TEMPAT
MAAHAD AMIR INDERA PETRA

ANJURAN
ALUMNI MAIP BATCH 2006 (AMU)





1.0              Pengenalan
Program Mentor Mentee Pelajar SPM 2011 (MANTAP ’11) ialah program inisiatif yang dianjurkan oleh kumpulan Alumni MAIP batch 2006 atau lebih dikenali sebagai Alumni MAIP United (AMU). Program ini dibuat memandangkan pelajar Tingkatan 5 bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi. Selain itu, program ini juga dibuat memandangkan kebanyakan ahli AMU sedang bercuti di kampung sempena cuti semester institut pengajian tinggi (IPT) di samping dapat berkhidmat kepada pihak sekolah.

2.0              Tujuan
Tujuan kertas kerja ini dibuat adalah untuk meminta kelulusan daripada pihak pentadbiran sekolah di samping mempromosikannya kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi. Selain itu, pihak penganjur juga ingin memohon sedikit sumbangan sama ada dari segi kewangan dan material dari pihak pentadbiran sekolah bagi melancarkan lagi program ini.

3.0              Visi
  • Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.

4.0              Misi
  • Memotivasikan pelajar-pelajar untuk terus menuju kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun sahsiah.
  • Membimbing pelajar-pelajar dalam memahami subjek-subjek kritikal.

5.0              Objektif
  • Mewujudkan sistem pembelajaran berkumpulan yang lebih berkesan.
  • Menjadikan alumni sebagai fasilitator untuk membantu pelajar-pelajar memahami subjek-subjek yang kritikal.
  • Menyelami serta berusaha menyesaikan masalah-masalah pelajar dari segi pembelajaran di sekolah mahupun di rumah.

6.0              Masa dan Tempat
Masa perjumpaan akan dibuat pada cuti hujung minggu iaitu pada setiap hari jumaat pada jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi. Pembahagian masa adalah seperti berikut:
10.30      – 10.30 pagi    : Pembelajaran dalam kelas.
10.30 – 11.30 pagi      : Perjumpaan bersama fasilitator masing-masing.
Masa perjumpaan juga fleksibel berdasarkan masa lapang pelajar-pejalar dan fasilitator.
Tempat program ialah di perkarangan sekolah.

7.0              Subjek yang Ditawarkan
  • Matematik Tambahan
  • Kimia
  • Fizik
  • Bahasa Arab

8.0              Carta Organisasi
Rujuk Lampiran A

9.0              Kaedah Pelaksanaan
Rujuk Lampiran B

10.0          Anggaran Belanjawan
Rujuk Lampiran C

11.0          Penutup
Pihak penganjur program MANTAP ’11 mengharapkan kertas kerja ini akan mendapat kelulusan dari pihak pentadbiran sekolah seterusnya dapat menjayakan program ini dengan sebaik mungkin. Segala kerjasama dan komitmen dari pihak sekolah, fasilitator dan para pelajar sangat penting bagi melancarkan perjalanan program ini.

Disediakan oleh,

..........................................
(Noraini Alias)
Setiausaha,
Mentor Mentee Pelajar SPM 2011 (MANTAP ’11).

 Disahkan oleh,

............................................
(Muhamad Razali Konok)
Setiausaha Kecemerlangan,
Maahad Amir Indera Petra.

 Diluluskan oleh,

.......................................
(Hj. SafiainYusuf)
Pengetua,
Maahad Amir Indera Petra.





Lampiran A
Carta Organisasi

Pengarah
Muhd Sahal Mad Rozali

Timbalan Pengarah 1
Mohd Rasydan Hassan

Timbalan Pengarah 2
Siti Mulaikah Abd Mutallib

Setiausaha
Noraini Alias

Bendahari
Naimah Farhanah Yunus

Unit Modul/ Fasilitator

Matematik Tambahan:
Mohd Zaeim Zakaria
Siti Mulaikah Abd Mutallib

Kimia:
Zaidi Mohamad
Abdul Hadi Ismail

Fizik:
Muhd Sahal Mad Rozali
Mohd Rasydan Hassan

Bahasa Arab:
Noraini Alias
Naimah Farhanah Yunus

Lain-lain:
Aida Munirah Ismail
Siti Nor Adni Abd Rahman
Kamarulzaman Senik
Wan Mohd Hafizul Wan Mustaffa


Lampiran B

Kaedah Pelaksanaan

Kaedah Promosi
·         Mengambil slot selepas Kem Kecemerlangan SPM untuk berjumpa dengan pelajar aliran Sains dan Teknik.

Modul Pertama
·         Taaruf.
·         Dapatkan maklumat peribadi dan akademik.
·         Beri sedikit kata-kata semangat dan motivasi.

Modul Kedua dan Seterusnya
  •          Buat kelas bagi membincangkan setiap subjek berdasarkan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas.
  •         Maksimum pelajar dalam kelas seramai 20 orang.
  •        Setiap pelajar akan disenarai pendek untuk memasuki mana-mana kelas. Setiap minggu pelajar akan saling bertukar kelas.
  •        Sistem yang digunakan lebih kepada sistem tutor dan bukan pembelajaran rasmi seperti dalam kelas.






Lampiran C
Anggaran Belanjawan


PERUNTUKAN
NILAI
Maahad Amir Indera Petra
RM 362.00
JUMLAH KESELURUHAN
RM 362.00


PERBELANJAAN
NILAI
Fotokopi

       Matematik Tambahan (RM 1.00 x 74 orang)
RM 74.00
       Fizik (RM 1.00 x 74 orang)
RM 74.00
       Kimia (RM 1.00 x 74 orang) 
RM 74.00
       Bahasa Arab (RM 1.00 x 74 orang)
RM 74.00
Fasilitator

       Pengangkutan (RM 3.00 x 11 orang)
RM 33.00
       Alat tulis (RM 3.00 x 11 orang)
RM 33.00
JUMLAH KESELURUHAN
RM 362.00

Thursday 7 July 2011

Ekspedisi ke Lata Tembakah

Program: Ekspedisi ke Lata Tembakah
Tarikh: 25 Jun 2011
Tempat: Lata Tembakah
Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang
Penyertaan: 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan

Di rumah Fadhlan, sebelum memulakan perjalanan

Sahal, antara salah seorang penceria program

Zaim, seorang pemandu yang paling berhemah sepanjang perjalanan

Saiful Afendi (Pendi) dan Nik Mohd Kamaruzzaman (Joho), sahabat yang sangat rapat sejak dari bangku sekolah

Bersarapan dengan sandwich dan air oren

Bertungkus-lumus menghidupkan api yang beberapa kali padam balik. Masing-masing menunjukkan kepakaran yang ada

Fadhlan, antara sahabat yang paling banyak berkorban. Van tarbiyahnya sangat banyak berjasa buat warga AMU J

Bermesra bersama sahabat, kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan

Tidak terkecuali dua beradik seiras, Raihan dan Rahanun

Pengorbanan seorang sahabat, Fuad, sanggup meluangkan masa bersama sahabat walaupun keadaanya kesihatannya yang agak kurang baik. Semoga dipermudahkan urusan dan cepat memperoleh nikmat kesihatan seperti sediakala




Pengenalan AMU

AMU merupakan singkatan kepada Alumni MAIP United yang ditubuhkan oleh lepasan pelajar Maahad Amir Indera Petra (MAIP) yang pernah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2006. Kumpulan ini bertujuan menghimpunkan bekas-bekas pelajar MAIP yang pernah menduduki peperiksaan sebagaimana berikut:
  •          Ujian Kelayakan Saf Awwal (UKSA) pada tahun 2001
  •          Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU) pada tahun 2003
  •          Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2004
  •          Sijil Menengah Ugama (SMU) pada tahun 2005
  •          Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2006
  •          Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2007
  •          Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 2008


Tujuan utama blog ini dibuat adalah untuk mempromosikan serta mempamerkan segala aktiviti dan program yang telah, sedang dan akan dijalankan oleh AMU. Sebarang maklumat/ gambar/ video berkenaan program AMU bolehlah disalurkan kepada Admin AMU atau terus kepada email rasmi AMU iaitu amumaip@gmail.com. Semoga segala usaha murni ini akan terus subur dan mendapat keberkatan dari Allah Taala.